Kamera digital SLR kompak

Posted by arah titian | Posted in | Posted on 6:45 PG

Merupakan kamera digital lensa boleh tukar, ia juga disifatkan antara kamera digital SLR termurah yang menawarkan video berdefinisi tinggi (HD Video).


PESONA rekaan kamera ini pasti menarik perhatian ramai.


KAMERA digital SLR yang mengisi ruangan megapiksel minggu ini merupakan antara 25 gajet kembara terbaik bagi tahun 2009 oleh majalah Time. Melihat fotonya sahaja, sudah kelihatan impresif apatah lagi jika ia berada di dalam tangan anda.

Kamera Pentax K-x keluaran Pentax Imaging Company, Hoya Corporation itu mempunyai rekaan dengan kemasan yang unik dan menarik perhatian. Merupakan kamera digital lensa boleh tukar, ia juga disifatkan antara kamera digital SLR termurah yang menawarkan video berdefinisi tinggi (HD Video).

Berasaskan rekaan kamera Pentax K-m terdahulu, ia diperhebat dengan sensor imej CMOS terbaru dan enjin pengimejan berprestasi tinggi. Ia disifatkan kompak, ringan dan mesra pengguna.

Tanpa sensor imej sebesar 23.6 x 15.8 milimeter, K-x boleh disifatkan sebagai salah satu daripada kamera digital SLR yang kompak dan ringan. Ia adalah disebabkan kombinasi kompak, berangka besi keluli dan metodologi pakej yang bersepadu tinggi.

Mempunyai dimensi 122.5 x 91.5 x 67.5 milimeter, ia mempunyai berat kira-kira 515 gram (tanpa bateri dan memori kad). Gajet ini juga dilengkapi dengan paparan LCD 2.7 inci.

K-x menawarkan prestasi fotografik yang bagus hampir menyamai paras model kamera berkelas lebih tinggi. Ini termasuklah resolusi 12.4 megapiksel dan rakaman berterusan dengan kelajuan tinggi.


DILENGKAPI paparan LCD 2.7 inci.


Mod rakaman berterusan berkelajuan tinggi pada kamera ini membolehkannya merakam sebanyak 17 imej (dalam format jpeg) pada kelajuan 4.7 imej sesaat. Ia sekali gus menjadi antara yang terpantas dalam kelas permulaan.

Meskipun kelihatan seperti kegunaan profesional, namun K-x sebenarnya sebuah kamera yang amat ideal digunakan oleh pengguna baru kamera digital SLR. Ia didatangkan dengan 10 mod pemandangan dan mod auto-picture, selain dikategorikan dalam kelas permulaan.

Disebabkan prestasinya yang mengagumkan, ia sesuai digunakan sebagai kamera sampingan bagi jurufoto profesional.

K-x turut dilengkapi dengan ciri-ciri termaju termasuk fungsi Live View. Fungsi itu membolehkan pengguna melihat imej pada monitor LCD semasa melakukan rakaman. Ia juga boleh melakukan pengecaman 16 wajah.




Selain itu, ia mempunyai mod cross process iaitu kamera akan secara automatik menukar parameter fotografik untuk menghasilkan gambar yang menarik.

K-x turut menawarkan sensitiviti yang luas di antara ISO 200 dan ISO 6400. Tetapi ia juga membolehkan pengguna meluaskan sensitiviti antara ISO 100 dan ISO 12800 menerusi fungsi tertentu, sekali gus membolehkan pengguna bermain dengan kreativiti fotografi.

Ringkasnya, menerusi kamera itu, seseorang pengguna baru kamera digital SLR boleh mempelajari ilmu fotografi dan matang seiring dengan kemahiran yang dimiliki.

K-x boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah, hitam dan putih. Kit standard (dengan lensa DAL18-55 milimeter) dijual di pasaran pada harga RM2,988.



- sumber kosmo 7-1-2010

Comments (0)

Catat Ulasan