kehidupan serta perancangan...

Posted by arah titian | Posted in | Posted on 2:13 PTG

Setiap manusia di muka bumi ini mengimpikan satu kehidupan yang penuh dengan kebahagian, yang penuh dengan kesenangan. Jadi atas kehendak dan keperluan elemen yang menuju ke arah mendapatnya suatu yang mengembirakan, manusia akan berfikir, merancang serta cuba untuk laksanakan perkara yang diimpikan.
Apabila kita melihat dari persepsi islam itu sendiri, Allah SWT telah meletakkan qada' dan qadar setiap individu manusia itu sendiri. Walaubagaimana pun,dari sudut tauhid sendiri, islam telah meletakkan konsep AL-KASBU yang menunjukkan manusia diberi pilihan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.Tetapi konsep ini, hakikatnya semuanya adalah daripada ketentuan Allah Taala.
Berbalik tentang keinginan manusia untuk mencapai kebahagian dalam kehidupan, sebenarnya islam telah menetapkan serta meletakkan hakikat kebahagian itu sendiri.Banyak ayat dalam quran telah meletakkan garis panduan untuk manusia mencapai kebahagian.Ayat-ayat ini apabila kita teliti dengan penuh tadabbur, kita akan dapat melihat bahawa untuk mencapai kebahagian itu, dengan melaksanakan tanggungjawab hamba kepada yang Esa.
Antara contoh ayat quran yang boleh kita hayati adalah Firman Allah SWT yang bermaksud "sesungguhnya berjayalah orang-orang mukmin.Iaitu mereka yang mengerjakan solat dengan khusuk". Semua ayat ini kita dapat satukan dari sudut tujuan manusia itu dijadikan. Manusia dicipta adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Satu.
Jesteru, kebahagian yang hakiki untuk kita capai adalah dengan melaksanakan segala perintah Allah serta meninggalkan perkara yang dilarang.Semua ini adalah sifir yang paling asas apabila seseorang itu ingin mencapai kebahagiaan.
Kita sebagai hamba yang penuh dengan kekurangan ini perlu serta sentiasa memohon keampunan dariNYA bagi melengkapkan capaian bahgia itu.Sama-samalah kita hayati dan renungi.

Comments (0)

Catat Ulasan